Baha’i merupakan di antara ‘agama’ yang termuda dan mempunyai sekitar 7 juta pengikut di seluruh dunia.

Ramai di India, USA, Uganda, Iran dan dianggarkan lebih 100,000 penganut di Malaysia terutamanya di Sarawak.

Baha’ism diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad atau dikenali sebagai Bahaullah di Iran pada 1860. Rujukan kepada kitab suci, Kitab al-Aqdas.

Ia merupakan gabungan ajaran kebatinan yang merangkumi Syiah, Yahudi, Kristian, Hindusm dll.

Ajaran utama Baha’i mengajak kepada kedamaian sejagat dan kesatuan umat manusia.

Pengikut Bahai seluruh dunia diwajibkan untuk mengerjakan haji sekali seumur hidup di dua lokasi, iaitu di Bahai World Centre di Haifa dan Acre, Israel (Palestine-1948). Mereka dibenarkan keluar masuk.

Ada yang mendakwa bahawa Baha’i digunakan sebagai alat pengintip Israel tetapi dinafikan.

Mereka menyatakan bahawa pengikut Bahai di seluruh dunia adalah non-politikal.

Masih banyak rahsia yang belum dirungkai.

Sumber : Dr Zainur Rashid Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *