JOHANNESBURG – Aktivis di Afrika Selatan menggesa keluarga diraja Britain memulangkan semula berlian terbesar di dunia yang di dakwa dicuri dari negara itu.
Dikenali sebagai Bintang Besar Afrika (Great Star of Africa) atau Cullinan I, berlian yang dipotong daripada permata yang lebih besar se lepas ditemui di lombong Cullinan pada tahun 1905 itu dikatakan telah diserahkan kepada keluarga diraja Britain oleh pihak berkuasa -kolonial Afrika Selatan.
la kini dipasang pada tongkat kerajaan kepunyaan mendiang Ratu Elizabeth II.

Sementara itu, batu permata melibatkan potongan kedua daripada berlian Cullinan menghiasi bahagian hadapan mahkota Ratu Elizabeth II.
“la mesti dikembalikan ke Afrika Selatan berkuat kuasa serta-merta,” kata aktivis, Thanuxolo Sabelo.
Difahamkan, lebih 6,000 orang telah menandatangani petisyen meminta berlian ter sebut dikembalikan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *