Dalam analisa terbaru Fayez al-Dweiri senjata sniper yang menjadi igauan tentera Israel dan penghalang utama untuk mereka masuk ke Khan Younis, Gaza adalah sniper ‘al-Ghoul’.
Nama al-Ghoul datang dari seorang tokoh al-Qassam, iaitu Adnan al-Ghoul. Adnan ialah tokoh utama dalam Unit Jurutera al-Qassam. Beliau menjadi orang kedua yang paling dikehendaki oleh Israel selepas Yahya Ayyash.
Beliau antara orang yang terawal membuat roket dan mencipta sniper yang hebat. Pelbagai lagi alatan senjata yang beliau telah cipta dan tinggalkan sebagai legasi.
Sniper al-Ghoul telah dimula digunakan pada perang al-Asf al-Ma’kul pada 2014. Pada Taufan al-Aqsa sekali lagi al-Ghoul menghantui tentera Israel.