Meriam besar Uthmaniyyah yang digeruni Barat

Dapatkah kita membayangkan  bagaimanamana Turki Uthmaniyyah boleh pecahkan tembok kota Constantinopel yang berlapis-lapis? Bukannya sesuatu yang mudah. Temboknya setebal 4.5 hingga 6 meter dan setinggi 12 meter. Tembok sepanjang 12 kilometer itu sudah berpuluh tahun melindungi kota Constantinople. Jawapannya ada pada meriam besar Uthmaniyyah Khilafah Turki Uthmaniyyah bukanlah pengasas meriam. Serbuk meriam sudah diasaskan lebih awal di China dan meriam […]

Kisah remaja terselamat daripada kemusnahan Nagasaki

Jurugambar tentera Yosuke Yamahata merakam gambar Nagasaki secara meluas, sehari selepas bom atom jatuh memusnahkan bandar itu.  Dalam foto ini, seorang remaja perempuan berumur 18 tahun muncul dari tempat perlindungan bom yang dikelilingi oleh runtuhan, dia kelihatan gembira kerana terselamat. Selepas 20 tahun wanita itu meninggal dunia akibat kesan radiasi.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan : Mufti terakhir Mekkah zaman Khilafah Uthmaniyyah

Nama lengkapnya al-‘Allamah al-Mufti Syeikh Syed Ahmad bin Zaini bin Ahmad al-Dahlan al-Hasani al-Makki, nasabnya bersambung kepada Sayyidina Hasan bin Ali melalui jalur Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Dilahirkan di Makkah pada tahun 1233 Hijrah bersamaan 1818 Masihi. Beliau belajar dengan tekun di Masjid al-Haram, antara para ilmuan ternama Makkah al- Mukarramah ketika itu yang telah dilazimi atau mungkin dilazimi ialah […]

Kisah pokok delima di makam Habib Nuh

Makam Habib Nuh Makam Habib Nuh bin Muhammad Alhabshi sememangnya menyimpan pelbagai sejarah sejak 200 tahun lalu.  Satu ketika dahulu, di bahagian kanan belakang qubah atau bangunan makam Habib Nuh terdapat beberapa kubur lama.  Mengikut catatan nota Shaikh Muhammad bin Ahmad Balkhair (Imam / pengamanah makam Habib Nuh) pada tahun 1907, kubur-kubur tersebut adalah milik ahli keluarga Haji Muhammad Salleh […]

al-Allamah Arif Billah Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi al-Yamani @ Datuk Seri Raja Faqih

Makam al-Allamah Arif Billah Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi al-Yamani @ Datuk Seri Raja Faqih (Hidup Abad Ke-16) Diriwayatkan bahawa Syeikh Shafiyuddin al- Abbasi merupakan seorang pendakwah yang berlayar dari negara Pasai ke Patani dengan matlamat untuk menyebarkan Islam di Patani yang pada waktu itu diperintah oleh Sultan Muzhaffar Shah (memerintah dari 1530 hingga 1564). Beliau merupakan keturunan Saiyidina Abbas Bin Abdul […]

Demi maruah uniform Rejimen Askar Melayu

Pada 28 Februari 1942, seramai lapan orang pegawai Askar Melayu ditembak mati oleh tentera Jepun berhampiran Bedok Singapura bersama tahanan Perang lain. Selepas kejatuhan Singapura, Askar Melayu yang ditawan Dan ditahan di Farrer Park termasuk pegawai-pagawai Askar Melayu ini diarahkan supaya melucutkan pakaian seragam dan menyertai pasukan Jepun atau pulang ke kampung.  Meskipun dipujuk oleh tentera Jepun selama 10 hari […]

Mayat Addi dijumpai dalam perut buaya

TAWAU: Operasi mencari seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, di sini, pada Rabu lalu, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu di dalam perut seekor buaya hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi mencari mangsa, Addi Bangsa, 60, dilakukan bersama Jabatan Hidupan Liar. “Pada hari keempat operasi, […]

Tentera Australia berperang dengan Emu

Tahukah anda bahawa pada tahun 1932, pihak kerajaan Australia telah mengumumkan keadaan darurat keselamatan negara mereka. Hal ini demikian kerana sebahagian besar negara mereka telah diserang oleh haiwan bernama Emu. Emu merupakan kedua tebesar selepas burung unta dan ianya merupakan haiwan ekonik Australia selain koala. Namun, Emu ini tidaklah sekejam mana dan membunuh nyawa manusia sebaliknya Emu hanya memusnahkan tanaman […]

Wabak Hitam : Mimpi ngeri Timur Tengah

Tahun 1347, kota Alexandria. Tiada siapa tahu mengapa segelintir penduduk Alexandria tiba-tiba jatuh sakit, dan tak lama kemudian seluruh kota Alexandria jatuh sakit. Musim luruh tahun 1347, Wabak Hitam mula menyerang Alexandria. Sejarawan dan saintis sebulat suara yang bakteria Yersinia pestis ni datang daripada Konstantinopel melalui laluan perdagangan. Kapal-kapal Konstantinopel berlabuh di Alexandria, memunggah barang dagangan yang juga termasuk tikus-tikus […]