Misteri rumah Pengurus Estet Inggeris di Kampung Baharu Sabak Bernam

Rumah pengurus estet Inggeris di Kampung Baharu Sabak Bernam Di Mukim Sabak iaitu di kawasan Kampung Baharu, terdapat sebuah rumah lama Inggeris yang pernah diduduki oleh seorang Pengurus Estet (Estate Manager) berketurunan Inggeris semasa pemerintahan British. Rumah tersebut masih wujud sehingga kini di pinggir Sungai Bernam dan keadaannya agak terbiar Rumah dua (2) tingkat tersebut masih kukuh tetapi bahagian tingkat […]

Jangan lupa perang 10 Ramadan, Yahudi Zionis digempur tentera Arab

1. Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan juga dinamakan Perang Ramadan kerana berlaku dalam bulan kebesaran Islam iaitu Ramadan. Ia berlaku pada 10 Ramadan 1393 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973. 2. Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada Jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel […]

Semut si penjahit kulit

Di beberapa kawasan di Afrika dan Amerika Selatan, semut tertentu digunakan untuk jahitan pembedahan. ️ Dorylus gribodoi ialah nama saintifik salah satu daripada 60 spesies semut yang mendiami Afrika. Ia juga dikenali sebagai semut tentera atau legionari. Semut ini banyak ditemui di Afrika tengah dan timur. Gigitan semut ini sangat kuat dan berterusan sehingga orang asli menggunakan serangga ini sebagai […]

Kalau berani sentuh la duit ini

Tahukah anda bahawa di negara Kanada, terdapat sebuah bekas kaca yang di dalamnya terdapat nilai sebanyak tiga juta. Aneh kan. Bukan tiga puluh tapi tiga juta dipamerkan begitu sahaja di tepi jalan yang orang ramai lalu. Lebih menarik pada bekas kaca itu tertulis “Sesiapa sahaja yang dapat pecahkan kaca ini, tiga juta di dalam bekas kaca ini milik anda!” Bekas […]

Lubuk Pusing "Tiga Segi Bermuda" di Sabak Bernam

SABAK BERNAM – Siapa sangka, sebelum tahun 1950-an, Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap dulunya adalah sebuah sungai yang merbahaya disebabkan pusaran airnya yang berpusing-pusing dengan deras hingga menenggelamkan kapal dagangan dan mengorbankan banyak nyawa. Tidak hairanlah, apabila nama kampung itu berasal daripada perkataan ‘lubuk pusing’ yang diambil sempena sebuah kawasan sungai yang mempunyai sebuah lubuk dengan airnya berpusing-pusing. Mengikut sejarahnya […]

Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam

Makam Raja Hitam di Seberang Kota, Perak Pada peringkat awal sejarah Sabak Bernam ditulis hanya berdasarkan cerita lisan masyarakat setempat sahaja. Suatu masa dahulu Sabak Bernam pernah menjadi sebahagian daripada wilayah negeri Perak sebelum diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Pemerintah Daerah Sabak Bernam pada awalnya bertaraf raja iaitu, Raja Hitam ibni  Raja Yunus ibni Raja Usoh ibni Sultan […]

Sungai Bernam saksi aktiviti perdagangan ke pendalaman Semenanjung Malaysia

Perkhidmatan Feri Sungai Bernam Sebelum wujudnya jaringan jalan raya, Sungai Bernam merupakan penghubung utama yang menghubungkan antara kawasan pedalaman dengan kawasan muara.  Oleh itu, fungsi Sungai Bernam dilihat sangat penting kerana menjadi medium terawal dalam membawa pembangunan di Daerah Sabak Bernam. Aliran Sungai Bernam yang mengalir bermula dari Gunung Liang di Perak telah melalui beberapa kawasan penting seperti Tanjung Malim sebelum […]

Menyelusuri penghijrahan Orang Jawa ke Sabak Bernam dalam kitab agama

 Penghijrahan rumpun Melayu dari Kepulauan Jawa ke Tanah Melayu seperti dari wilayah lain di Nusantara menyatukan pelbagai budaya, bahasa, dialek dan tradisi di negara ini yang sebenarnya berlaku sebelum abad ke-15 atau Kesultanan Melayu Melaka yang berlanjutan sehingga pemerintahan kolonial Inggeris. Dalam konteks jalinan hubungan keturunan Jawa daripada dua negara itu, ia dapat dikesan melalui pelbagai penemuan antaranya kitab agama […]