Sultan Selangor Berbaju Layang

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan adalah salah seorang Sultan yang mempunyai Baju Layang selain dari Sultan Johor Darul Takzim. Baju Layang ini hanya akan dipakai semasa Hari Pertabalan , istiadat kemahkotaan dan istiadat Permashyuran DYTM Raja Muda Selangor sahaja. Kali pertama Baju Layang ini digunakan ialah semasa zaman pemerintahan Sultan Selangor ke 6 Almarhum Sultan Sir Hisamuddin […]

Penempatan bagi pekerja ladang tembakau yang berasal dari Jawa di Sumatera

Penempatan bagi pekerja ladang tembakau yang berasal dari Jawa. Ianya dirakam sekitar tahun 1895. Penempatan atau perkampungan pekerja ini dibina majikan mereka iaitu Amsterdam Deli Company di ladang Kalahoen Pinang, Medan, Sumatra. Tanah ini adalah sebahagian dari konsesi yang diperoleh Amsterdam Deli Company dari Sultan Deli ke-9 iaitu Sultan Ma’mun Al Rashid Perkasa Alam Shah (r. 1873-1924) sekitar tahun 1882. […]

Belanda dan Portugis tak secekap orang Melayu urus perdagangan di Selat Melaka

Tahukah anda bahawa apal-kapal mengelak pelabuhan Melaka yang berada dibawah pentadbiran Portugis? Selama hampir satu abad, Portugis memonopoli perdagangan di Melaka. Anehnya, pentadbiran Portugis dilihat jauh lebih buruk daripada pengurusan orang Melayu sebelum ini, kerap kali berlaku masalah ketidakcekapan dan rasuah yang teruk. Ini menyebabkan pengurangan jumlah perdagangan ditambah pula faktor serangan dari Aceh.  Sekitar abad ke-16 dan 17, Belanda […]

Apabila Abdullah Munsyi tiba di Terengganu..

Pada tahun 1838, Abdullah Munsyi telah tiba di Terengganu.. Menurutnya, rumah penduduk di Terengganu penuh dengan sabut kelapa kerana akan dibakar pada waktu malam untuk menghalau nyamuk.  Seterusnya beliau juga telah melihat gajah milik Sultan 5-6 ekor yang ditambat dengan dirantai kakinya.  Istana sultan pula diperbuat daripada batu selebar 30 kaki dan berbentuk seperti rumah cina.. Di temboknya pula penuh […]

13 September 1945 : Perbarisan kemenangan tanda berakhirnya pendudukan Jepun

Pada hari ini dalam tahun 1945, satu Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) telah diadakan di hadapan Bangunan Sekretariat, Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan Angkatan Tentera Bersekutu ke atas Jepun dalam Perang Dunia Kedua.   Upacara ini juga menandakan berakhirnya pendudukan Jepun selama hampir lima tahun di Tanah Melayu dan menandakan kembalinya penjajahan British. Kemenangan Negara-negara Bersekutu adalah disebabkan pengeboman bandar Jepun yang […]

Hubungan Kiyai Salleh dan Habib Muhammad bin Salim Al-Attas

Ketokohan dan kepahlawanan Haji Salleh bin Abdul Karim atau Panglima Salleh mulai terserlah apabila beliau berpindah ke Batu Pahat untuk mengubah nasib diri dan keluarga selepas melarikan diri dari Singapura.  Perubahan sikap itu bermula apabila isterinya iaitu Basariah binti Abdul Rashid menuntut cerai dari Haji Salleh.  Pada mulanya Haji Salleh bersetuju bercerai tetapi membatalkan hasrat itu serta memujuk kembali isterinya […]

Kebimbangan Tengku Abdul Rahman disebalik rombongan merdeka

Eksklusif:”beban besar saya” sumber: Berita Harian, 5 Mei 1969 Pulau Pinang, Ahad- Tengku Abdul Rahman hari ini menerangkan bagi kali pertama tentang kebimbangan2 rombongan merdeka yang dipimpinnya ke England pada tahun 1956 untuk meminta British memberi kemerdekaan penoh kepada Malaya. “sesetengah raja2 melayu tidak sepenuhnya bersetuju British menyerahkan semua kuasa kepada rakyat” ujar Tengku. Dalam pelayaran dari singapura ke Karachi, […]

Siapa raja-raja Melayu yang hadir pertabalan Ratu Elizabeth

Istiadat kemahkotaan Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953 turut dihadiri oleh sejumlah Raja-Raja Melayu dan permaisuri masing-masing. Kelihatan di dalam foto ialah – 1. DYMM Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Sultan Johor 2. DYMM Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, Sultan Selangor 3. DYMM Sultan Sir Omar Ali […]