Deskripsi Gambar:

11 September 1970

Rancangan Tanah Belia, Merbau Berdarah. Encik Abdul Ghafar
bin Baba berucap kepada peserta rancangan semasa lawatan, Sabak Bernam, Selangor; 11.9.1970

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Encik Abdul Ghafar bin Baba hari ini (11hb september 1970) telah melawat Rancangan Tanah Belia di Merbau Berdarah, Sabak Bernam, Selangor. Kira-kira 200 orang
belia dari Daerah Sabak Bernam menyertai rancangan itu yang dibuka awal tahun
ini. Tiap-tiap peserta diberi tanah seluas empat setengah ekar untuk menanam
kelapa. Gambar menunjukkan menteri itu sedang berucap kepada peserta-peserta
rancangan. – Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *