Sejarah yang sukar dilupakan oleh umat Islam khususnya di alam Melayu. Kekejaman rejim Komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot di Kemboja di era 1970an menyaksikan etnik Melayu Champa yang beragama Islam hilang 30 % populasi akibat dasar penghapusan etnik yang dijalankan.
10 polisi kekejaman ke atas etnik Melayu Champa :
Sebarang bentuk ritual agama tidak dibenarkan seperti solat, puasa, menutup aurat.
Agama Islam menjadi sasaran utama kekejaman kerana menonjol amalannya. Daripada 113 ulama yang selamat hanya 20 orang sahaja, yang lain dibunuh dengan kejam termasuk mufti Kemboja.
Sebanyak 132 masjid dijadikan kandang khinzir. Al-Quran dan kitab-kitab agama dirampas dan dibakar. Sesiapa yang menyimpannya akan dibunuh.
Orang Islam dipaksa mendengar radio Peking yang berpusat di Beijing, China sebagai paksaan menyerap ideologi Komunis.
Sesiapa yang menjadi nelayan, hasil tangkapan terpaksa dijual kepada koperasi dibawah kuasa Khmer Rouge dengan harga murah dan jika mahukan makanan terpaksa dibeli di koperasi dengan harga yang sangat mahal.
Polisi Rejim Khmer Rouge yang mahu hanya etnik Khmer wujud di Kemboja menyebabkan etnik Melayu Champa perlu dihapuskan.
Mana-mana rakyat yang mengaku sebagai etnik Melayu Champa akan diasingkan disuatu lokasi untuk pembunuhan beramai-ramai termasuk orang tua hatta bayi etnik Melayu Champa turut dibunuh.
Etnik Melayu Champa dipaksa memakan sup babi sebagai bukti kesetiaan kepada kerajaan.
Sesiapa yang bertutur didalam bahasa Melayu akan ditangkap dan diseksa.
Kaum Muslimah diharamkan menutup aurat dan kaum muslim lelaki diharamkan berserban dan berkopiah. Semuanya dipaksa memakai pakaian hitam.
Naskah Al-Quran digunakan untuk mengesat najis sebagai bentuk penghinaan kepada agama Islam dan menakutkan etnik Melayu Champa.
“Tidak dapat dibayangkan bertapa jahatnya ideologi Komunis kepada Umat Islam, mungkin orang-orang Melayu di Malaysia juga senasib dengan saudaranya di Kemboja jika Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya menguasai negara ini suatu masa dulu”
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.